1.1
Sejarah
Sekolah
Pada 22 Ogos
1985, sekolah ini telah dirasmikan dengan nama Sekolah Menengah Meru, Klang,
Selangor. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Bujang Bin Ulis,
yang merupakan Timbalan Menteri Pelajaran pada ketika itu. Masyarakat setempat
bersyukur dan berbangga kerana akhirnya wujud sebuah sekolah menengah yang
baharu di kawasan Meru ini. Penduduk setempat berharap agar institusi ilmu ini
mampu meneruskan kesinambungan kecemerlangan akademik anak-anak tempatan.
Impian penduduk tempatan untuk menikmati kemudahan pendidikan di kawasan ini
telah direalisasikan melalui Rancangan Malaysia Ke-4. Sekolah Menengah Meru
dibina dalam Rancangan Malaysia ke-3 pada tahun 1979 di kawasaan seluas 18
ekar. Sekolah Menengah Meru memulakan sessi persekolahan pada tahun 1982.
Sekolah ini hanya dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah yang hanya mempunyai
12 bilik darjah untuk pelajar tingkatan 1 dan 3 dengan menmpung seramai 674
orang. Kini bilangan kelas terus bertambah kepada 144 buah bilik darjah yang meliputi pelajar Model Khas-iaitu
program yang menempatkan murid-murid sekolah rendah (tahap 2) di sekolah
menengah (yang dikenali sebagai Projek Baling), Pendidikan Khas (Masalah
Pembelajaran) dan Kelas Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan
Meru memiliki 1940 pelajar lelaki dan 1696 pelajar perempuan, menjadikan jumlah
keseluruhan murid seramai 3636 orang. Ia mempunyai seramai 178 orang guru.Berdasarkan statistik enrolmenpada Januari
2011adalah sebanyak 4200 pelajar, manakala jumlah guru 232 orang dan bilangan
kakitangan adalah 32 orang pada dan bilangannya terus bertambah. Kini sehingga Mei
2013, seramai 4292 murid lelaki dan perempuan serta seramai 227 orang guru di
sessi pagi dan petang serta 32 orang kakitangan pejabat yang berkhidmat di
sekolah ini.
Sekolah Menengah
Kebangsaan Meru atau nama
ringkasnya SMK Meru, yang
terletak di Batu 7, Pekan Meru. SMK Meru terus mengorak langkah demi memastikan
tradisi kecemerlangan yang menjadi agenda transformasi negara terus menjadi
kenyataan. Agenda kecemerlangan dalam akademik merupakan misi dan visi utama
sekolah ini di samping kecermerlangan kokurikulum dan sahsiah diri pelajar.
Diharapkan kecemerlangan dalam pelbagai aspek tersebut menjadikan sekolah ini
sebuah institusi ilmu yang cukup unggul, berprestij dan dibanggai oleh
masyarakat.
No comments :
Post a Comment