Thursday 13 March 2014

SEKOLAH DITUTUP HARI JUMAAT 14 MAC 2014 KERANA INDEKS IPU JEREBU TIDAK SIHAT

Info PPD Klang: PENTING - Salam Sejahtera. Perhatian kpd semua Pengetua & Guru Besar. Dimaklumkan semua sekolah di daerah Klang akan bercuti esok 14/3/2014 (berganti) atas faktor jerebu. Arahan Dato Pengarah JPNS. Pejabat beroperasi spt biasa. Sekian harap maklum.

Monday 15 July 2013

PROJEK MENAIKTARAF DAN MEMBAIKPULIH SURAU AL-AMIN SMK MERU

BAGI MENAMPUNG BILANGAN PELAJAR YANG SEMAKIN RAMAI DAN MEMANDANGKAN BANGUNAN SURAU SMK MERU YANG MEMERLUKAN BAIK PULIH, SMK MERU BERHASRAT UNTUK MENJAYAKAN PROJEK MENAIKTARAF DAN MEMBAIKPULIH SURAU AL-AMIN SMK MERU.

ORANG RAMAI DIJEMPUT DAN DIALU-ALUKAN UNTUK MEMBERI SUMBANGAN MELALUI :
                                              AKAUN BANK RHB 26229600004262

UNTUK KETERANGAN LANJUT, HUBUNGI BENDAHARI PROJEK DI TALIAN 0129713646

Sunday 7 July 2013

PELANCARAN VLE FROG SMK MERU

Pelancaran laman web vle frog Smk Meru telah dilancarkan di Perhimpunan pagi pada hari ini , Isnin , 8 Julai di tapak perhimpunan.  Pelancaran dirasmikan oleh Pengetua Smk Meru, Tn Hj Mohd Jajuli  bin Naim.

KEJOHANAN OLAHRAGA PERINGKAT SEKOLAH 2013

Sukan sekolah yang telah ditunda gara-gara masalah cuaca yang diselubungi jerebu akhirnya berjaya dilangsungkan dengan cemerlang pada hari Sabtu , 6 julai 2013 di Padang SMK MERU. Berikut dipaparkan beberapa gambar menarik ketika sukan berlangsung..


















Thursday 27 June 2013

SUKAN SEKOLAH DITUNDA

SUKAN SEKOLAH YANG DIJADUALKAN PADA HARI AHAD 30 JUN2013 DITUNDA KE HARI SABTU  6 JULAI 2013 ATAS SEBAB CUACA YANG MASIH BERJEREBU.

Thursday 20 June 2013

LADAP VLE FROG

Tarikh : 22 Jun 2013
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Makmal komputer Smk Meru
Peserta terlibat : Semua ketua panitia dan setiausaha panitia

Tuesday 11 June 2013

SEJARAH SEKOLAH


 

1.1           Sejarah Sekolah

Pada 22 Ogos 1985, sekolah ini telah dirasmikan dengan nama Sekolah Menengah Meru, Klang, Selangor. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Bujang Bin Ulis, yang merupakan Timbalan Menteri Pelajaran pada ketika itu. Masyarakat setempat bersyukur dan berbangga kerana akhirnya wujud sebuah sekolah menengah yang baharu di kawasan Meru ini. Penduduk setempat berharap agar institusi ilmu ini mampu meneruskan kesinambungan kecemerlangan akademik anak-anak tempatan. Impian penduduk tempatan untuk menikmati kemudahan pendidikan di kawasan ini telah direalisasikan melalui Rancangan Malaysia Ke-4. Sekolah Menengah Meru dibina dalam Rancangan Malaysia ke-3 pada tahun 1979 di kawasaan seluas 18 ekar. Sekolah Menengah Meru memulakan sessi persekolahan pada tahun 1982. Sekolah ini hanya dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah yang hanya mempunyai 12 bilik darjah untuk pelajar tingkatan 1 dan 3 dengan menmpung seramai 674 orang. Kini bilangan kelas terus bertambah kepada 144 buah  bilik darjah yang meliputi pelajar Model Khas-iaitu program yang menempatkan murid-murid sekolah rendah (tahap 2) di sekolah menengah (yang dikenali sebagai Projek Baling), Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dan Kelas Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Meru memiliki 1940 pelajar lelaki dan 1696 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 3636 orang. Ia mempunyai seramai 178 orang guru.Berdasarkan statistik enrolmenpada Januari 2011adalah sebanyak 4200 pelajar, manakala jumlah guru 232 orang dan bilangan kakitangan adalah 32 orang pada dan bilangannya terus bertambah. Kini sehingga Mei 2013, seramai 4292 murid lelaki dan perempuan serta seramai 227 orang guru di sessi pagi dan petang serta 32 orang kakitangan pejabat yang berkhidmat di sekolah ini.

 


 
 
 
 
Sekolah Menengah Kebangsaan Meru atau nama ringkasnya SMK Meru, yang terletak di Batu 7, Pekan Meru. SMK Meru terus mengorak langkah demi memastikan tradisi kecemerlangan yang menjadi agenda transformasi negara terus menjadi kenyataan. Agenda kecemerlangan dalam akademik merupakan misi dan visi utama sekolah ini di samping kecermerlangan kokurikulum dan sahsiah diri pelajar. Diharapkan kecemerlangan dalam pelbagai aspek tersebut menjadikan sekolah ini sebuah institusi ilmu yang cukup unggul, berprestij dan dibanggai oleh masyarakat.